Walaupun bermacam tohmahan dan spekulasi yang dilontarkan kepada golongan mualaf diatas niat mereka kembali kepada agama fitrah, dakwah & syahadah tetap perlu diteruskan kerana kita hanya merancang, Allah SWT juga yang berkuasan menentukan siapa yang layak masuk ke syurgaNya nanti.

Kami telah syahadahkan ibu dan anak ini lebih kurang 2 tahun yang lalu. Kini kami kembali menziarahi keluarga ini untuk mensyahadahkan lagi 2 orang kenalannya yang ingin memeluk agama Islam. Tapi, sebelum itu, kami difahamkan pada hari tersebut merupakan hari jadi anaknya, maka sempat juga kami bawakan kek untuk keluarga itu. Ini antara usaha kami bagi mengukuhkan lagi ukhuwah diantara Persatuan Inspirasi Muallaf dan semua mualaf di bawah persatuan.

Kemudian, setelah diterangkan proses syahadah dan pengislaman kepada mereka, pengerusi kami Brother Muhammad Roger James Arnold, memulakan syahadah seperti biasa. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah SWT.

Proses syahadah Persatuan Inspirasi Muallaf
Kami doakan kedua-duanya dikekalkan pada hidayah dan taufik Allah SWT, akhirnya mendapat syurga Allah nanti.

Allah tak ciptakan kita dengan sia-sia, malah manusia merupakan ciptaan Allah SWT yang paling baik. Jadi, tanggungjawab kita adalah menyebarkan agama yang diredhai, Islam, juga sebarkan kebaikan ke seluruh dunia. Bukan urusan kita dalam menentukan niat masing-masing.


Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beriibadah kepada-Ku”

(Al-Dzariyat [51]: 56)

Walaupun usaha dakwah kami ini ramai yang mengecam dan bersangka buruk, kami tidak berkuasa untuk menghentikan itu semua, apatah lagi untuk menghukum keatas kelakuan mereka semua, kami mohon agar anda semua dapat meneruskan menyokong kami dari sudut apa pun. Bukan duit dan harta benda semata-mata, jangan kita lupa, doa merupakan senjata kita sebagai Muslim.


One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *