Baru-baru ni kami direzekikan dapat ziarah seorang saudari mualaf yang diuji dan diuji sehingga beliau hampir give up dalam hidupnya.
Beliau yang kami kenal beberapa hari lepas hubungi kami dan meminta bantuan untuknya dan 5 orang anaknya yang masih kecil. Ujian dahsyat beliau baru-baru ini apabila ibunya seorang non-Muslim yang dipotong kakinya sebab kencing manis.
Suaminya seorang warga negara Pakistan yang telah ditangkap dan masih berada di penjara di Malaysia. Dikatakan dia telah ditipu oleh ejen dan overstay lebih dari 8 tahun di Malaysia. Tanpa apa² kena menjaga anak-anaknya, 4 orang lelaki dan seorang perempuan. Mula kerja malam bulan lepas untuk tanggung anak²nya. Pagi menjaga anaknya dan ibunya.
Ibunya yang sihat, tiba² didapati kencing manis dan terpaksa memotong kakinya. Ibu yang memberi dorongan dan sokong mualaf kita. Saudari mualaf kita tidak ada niat untuk tinggalkan ibunya walaupun ujian yang menimpa sungguh berat. Masalah bank-akaunnya telah disekat kerana suaminya mengunakan untuk tujuan disyaki haram. Gaji lepasnya dan duit baitulmal tidak dapat diambilnya. Dah turun naik, merayu pada bank dan tiada penyelesaian.
Sewa rumah yang tertangguh selama 7 bulan dan tuan rumah telah beri notis untuk keluar serta merta jika tak bayar. Tuan rumah memang baik sebab tidak naikkan sewanya memandangkan situasinya. Tapi dah lama dan tidak dapat sabar lagi. Makan minum yang tidak menentu, selama ini ditanggung dan dijaga oleh ibunya. Sekarang ibunya di hospital sebab paru² berair.
Beberapa anaknya masih tidak ada document sah kelahiran sebab suami yang tidak ada document sah. Wanita mualaf kita penat dan nampak macam darah tingginya dah kembali. Dan emosi yang tak berapa stabil bila tak ada solusi. Ada jugak yang cuba ambik kesempatan dalam membantu wanita mualaf ini. Tapi beliau faham tentang dosa dalam Islam. Dan ingin untuk menjadi hamba yang taat pada Allah S.W.T.
Walaubagaimana pun, saudari mualaf kita sangat tabah untuk melalui kehidupan ini dengan anak-anaknya. Bila diberi pilihan untuk pindah, beliau menolak sebab dia ada tanggungjawab untuk jaga ibunya dan anak²nya. Bantuan yang diperlukan cuma untuk tunggalkan dan sedikit bantuan kewangan sehingga dapat gaji bulan ini.
Dapat kami meluangkan masa dengan saudari kita dan menyampaikan bantuan kewangan untuk sementara ini. Kami juga akan mencari solusi untuk beliau dan keluarganya. In syaa Allah.