Kami panjatkan syukur kepada Allah SWT yang maha kaya atas setiap apa yang direzekikan kepada kami termasuklah perancangan membina 2 buah rumah perlidungan kami di Sabak Bernam.

Hali ini kerana permintaan dan penghuni rumah perlindungan di sana meningkat hari demi hari. Rumah perlindungan Sabak Bernam ini kami khususkan untuk menjaga penghuni lelaki sahaja. Mereka terdiri daripada pelbagai status. Ada yang OKU seperti kehilangan sebelah kaki kerana terlibat dengan satu kemalangan. Ada juga yang merupakan sebatang kara, tiada keluarga apatah lagi tempat tinggal. Selain itu, mereka juga terdiri daripada yang menghidapi penyakit kronik & memerlukan perhatian seperti ‘wound dressing’, dialisis dan lain-lain.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang pernah menyumbang kepada pembinaan rumah transit ini yang kini semakin hampir siap. Tapi, kami masih memerlukan dana dalam lingkungan RM43,000 lagi untuk menyiapkan 2 buah rumah perlindungan ini. Di bawah merupakan keadaan rumah ini lebih kurang hujung tahun lepas.

Alhamdulillah, dengan bantuan-bantuan yang hadir dari anda semua, kami dapat meneruskan pembinaan 2 buah rumah perlindungan ini kepada fasa yang seterusnya. Jom kita lihat perkembangannya di bawah.

Kami harap tuan puan sekalian dapat terus sebarkan maklumat ini dan bantu kami selagi terdaya kerana setiap bantuan & sedekah anda mampu mengukir senyuman pada wajah penghuni rumah perlindungan Sabak Bernam ini. Maka, kami juga tumpang seronok atas kegembiraan mereka.

Bagi memudahkan tuan puan sekalian untuk menyumbang & terus menyumbang, kami telah sediakan 2 cara untuk berbudat demikian.

  1. Secara online di sini & juga tuan puan boleh dapatkan info terkini, atau
  2. Salurkan terus ke akaun rasmi Persatuan Inspirasi Muallaf di bawah

Persatuan Inspirasi Mualaf
1211 0000 821717
Bank Muamalat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *