KAMI PERLUKAN BANTUAN ANDA!

Ayuh Infak

Rumah perlindungan Sabak Bernam telah lama beroperasi lebih dari 7 tahun. Lebih dari 30 individu telah menghuni sehingga kini. Disebabkan oleh jumlah individu yang berkategori sebatang kara, warga emas, berpenyakit kronik dan pelbagai lagi status yang semakin meningkat, kami memerlukan dana untuk membina beberapa lagi unit kediangan untuk menampung permintaan ini. Di sinilah mereka mendapat perlindungan bukan sahaja dari hujan panas, tapi kami juga menghantar mereka ke hospital hampir setiap hari bagi berstatus seperti memerlukan dialisis, cuci luka dan lain-lain.
small-banner-for-aktiviti

Kategori penghuni rumah perlindungan

Kami menerima pelbagai status individu yang menghuni di rumah perlindungan Sabak Bernam, antaranya:

  1. OKU
  2. Sebatang kara
  3. Warga emas
  4. Berpenyakit seperti kencing manis dan yang berkaitan.
  5. Mualaf

Hulurkan Bantuan!

“Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah.” (HR Bukhari No: 1338)