Kami berkesempatan untuk menziarhi seorang mualaf yang telah menghubungi kami. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan bantuan dari sudut pendaftaran Islam dan sedikit bantuan kewangan.

Ziarah #PIM pada 17 Januari 2023 di kediamannya.

Sesampai kami di kediamannya, kami rasa terharu kerana kediamannya hanyalah sebuah bilik yang tak lebih dari 10×10 kaki besarnya. Di situlah tempat tidur, tukar baju, tempat berehat. Lagi memilukan adalah, pasangan ini baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan yang berusia 3 hari ketika lawatan kami tempoh hari.

Si suami merupakan seorang lelaki berbangsa India dan mereka telah berkahwin di negara jiran. Seperti yang kita tahu, undang-undang di setiap negara adalah berbeza, maka mereka perlu melalui proses pendaftaran Islam & perkahwinan semual di Malaysia. Kami nasihatkan pasangan ini menyediakan dokumen-dokumen penting bagi memudahkan proses & langkah seterusnya.

Bilik tersebut disewakan pada RM250 sebulan. Dapur terpaksa berkongsi dengan beberapa buah bilik yang lain. Malah, tandas juga terpaksa dikongsi bersama. Bayangkan saja keadaan kehidupan mereka. Jadi, kami telah bantu si suami untuk didaftarkan pengIslamannya dan bantu beliau dalam proses mendapatkan kad Islam. Lebih penting, membantu beliau dalam memahami agama Allah SWT.

Alhamdulillah, terkini, kami telah pun membawa beliau untuk didaftarkan pengIslamannya.

Perancangan kami adalah untuk dapatkan sebuah rumah yang lebih baik untuk keluarga ini memulakan kehidupan yang lebih baik sambil belajar mengenai asas-asas dalam Islam. Kami doakan keluarga ini dapat meneruskan kehidupan walau apa juga pun cabaran mendatang.

Jika ada Tuan Puan yang ingin membantu mereka, boleh berurusan dengan kami melalui 3 cara. Tuan Puan boleh pilih yang mana satu mudah.

————————————————————–
BANTU USAHA KEBAJIKAN & DAKWAH DI

https://www.inspirasimuallaf.com/infaq

————————————————————–
BELI SAMBIL SUMBANG

http://www.wasap.my/60162691237/RogersChocolate/

————————————————————–
SALURKAN TERUS BANTUAN ANDA KE

Persatuan Inspirasi Mualaf
1211 0000 821717
Bank Muamalat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *