Pada 10 Jun 2023 lalu, Persatuan Inspirasi Muallaf telah bekerjasama dengan pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam satu program yang diberi nama Manisnya Persaudaraan Bersama, berlangsung di Dewan Putra PKPP, Serdang. Program ini merupakan kerja kursus bagi pelajar-pelajar UPM dan matlamat kerja kursus ini adalah untuk menguji kefahaman & kebolehan mereka dalam menguruskan program yang telah dipilih.

Apa yang menariknya bagi kami adalah, penglibatan anak-anak asnaf & mualaf sangat memberangsangkan. Mereka memberi kerjasama yang baik tak kira tahap umur yang hadir. Antara mereka yang hadir adalah dari lingkungan umur 18 tahun dan ke bawah.

Program ini merupakan salah satu contoh program yang melibatkan anak-anak asnaf & mualaf yang menjadi tanda aras untuk Persatuan walaupun penganjurnya merupakan pelajar-pelajar UPM yang masih muda. Kenapa kami dengan berani menyatakan begitu kerana setiap aktiviti yang telah disediakan oleh mereka berjaya mengukir senyuman dan gelak tawa sesama mereka. Malah, kami juga turut sama melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan bagi memeriahkan lagi suasana.

Bermula dari pagi, pukul 8 pagi hingga ke petang, pukul 4 petang, program ini padat dengan aktiviti untuk anak-anak asnaf & mualaf. Tak lupa juga kami semua disajikan dengan makanan-makanan yang banyak dan sedap. Syabas pelajar-pelajar UPM yang diseliakan oleh Brother Amin, juga merupakan sahabat kepada Brother Muhammad Roger, Pengerusi Persatuan Inspirasi Muallaf.

Akhir sekali, kami mengharapkan lebih banyak lagi institusi-institusi lain di Malaysia yang akan bekerjasama dengan kami seperti UPM dalam memberi pendedahan kepada anak-anak asnaf & mualaf terutamanya merangkumi aspek pendidikan.


Facebook: https://www.facebook.com/InspirasiMuallaf/
TikTok: https://tiktok.com/@inspirasimuallaf
Instagram: https://www.instagram.com/inspirasimuallaf/
Kedai Inspirasi: https://kedai.inspirasimuallaf.com/
Blog: https://inspirasimuallaf.com/blog/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *