Walaupuan tak sebesar Ihya Ramadan pada tahun sudah, kami tetap bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah izinkan kepada kami untuk menganjurkan sekali lagi program Ihya Ramadan pada tahun ini pada 18 March 2023.
Tujuan utama Ihya Ramadan 2023 tahun ini semestinya untuk menyantuni para mualaf, asnaf & fakir yang telah bersama-sama dengan kami selama ini. Ada yang hadir dengan support team kawasan Ampang & ada juga yang hadir dari support team Kajang. Tak lupa juga support team dari Sabak Bernam yang diketuai oleh Brother Adam Rao.
Majlis bermula lebih kurang pada 10 pagi. Dimulai dengan perkongsian dari pengerusi PIMuallaf, Brother Muhammad Roger Arnold dengan tajuk Persiapaan Ramadan. Kami sangat terharu kerana mereka yang hadir sangat positif dan memberi kerjasam yang baik. Ada yang berkongsi cerita pengalaman masing-masing selama menjadi Muslim.
Progam diteruskan sehingga masuknya waktu Zohor dan kami ambil kesempatan untuk menunaikan solat Zohor berjemaah dengan para hadirin. Mereka turut menerima pek kurma Ajwa Elliz yang kami datangkan khas dari Kota Madinah. Kami turut dapat solat berjemaah bersama dan sekali lagi mereka dihidangkan dengan tazkirah ringkas.
InsyaAllah, PIMuallaf akan menziarahi beberapa rumah mualaf yang hadir atas izin mereka juga. Ziarah seperti ini telah kami lakukan sejak beberapa Ramadan yang lalu ketika sepanjang program Inspirasi Ramadan dilaksanakan.
Doakan program Inspirasi Ramadan 2023 kali ini berjaya dilaksanakan dengan bertambah ramai non-Muslim bakal memeluk Islam dan juga semoga semakin ramai yang mendapat kemudahan & bantuan dari semua aspek termasuk barangan asas, pakaian & laib-lain.
Program infak untuk Inspirasi Ramadan masih terus dibuka sepanjang bulan Ramadan. Jika anda ingin turut bersama dengan kami dalam menghulurkan bantuan untuk mereka yang memerlukan, termasuklah pek makanan sedia dimakan (RTE), pek Kurma Ajwa by Elliz dan juga baju raya, anda boleh dapatkan maklumat lanjut di laman Inspirasi Ramadan 2023.