Isu dan cabaran mualaf bukan semata ditinggalkan atau dibuang keluarga dan pasangan, malah lebih ekstrim diugut dan diserang senjata tajam! Itulah yang berlaku kepada sahabat baru kita yang tinggal di kawasan Subang Jaya pada minggu lepas.

Kami direzekikan sempat untuk menziarahi beliau di kediamannya dan melihat sendiri keadaannya selepas peristiwa ditetak dengan sebilah kapak di kepala, tangan dan beberapa kawasan lain. Keadaan ini berlaku tak lain tak bukan kerana telah membawa anak saudaranya sendiri memeluk Islam. Walaupun di Malaysia ini mengikut perlembagaan yang menyatakan, setiap warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas berhak memlih agamanya sendiri, tapi tidak untuk anak saudara beliau.

Ikuti perbualan mereka ketika ditemuramah dibawah.

Keadaan lebih mencabar bila mana beliau serta anak saudaranya yang berumur 18 itu sekarang berada dalam keadaan tidak selamat kerana bimbang keadaan sama mungkin akan berlaku. Laporan polis telah dibuat dan kes masih lagi dalam siasatan. Diharap pihak-pihak yang berkuasa dapat membantu kes ini supaya mereka berada dalam keadaan selamat dan tidak terancam.

Jom sahabat sekalian, kita sama-sama doakan beliau sekeluarga serta anak saudaranya dilindungi Allah SWT dari ancaman dan hasad dengki manusia atau apa sahaja. Malah, kita doakan juga mereka kekal dalam jalan yang lurus ini, dikurniakan kekuatan iman, mental dan fizikal dalam mengharungi isu dan cabaran seorang mualaf setelah memilih Islam sebagai agama mereka. Mereka turut telah bersetuju menjadikan Islam sebagai cara hidup.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *