Bismillah. Baru-baru ini diberi kesempatan bertemu dengan seorang sahabat yang menerima hidayah dari Allah SWT 19 tahun yang lepas.
Sahabat kita yang pernah active dalam dakwah bersama ABIM dan kerana beberapa situasi dalam kehidupan memaksanya berhenti. Baru² ini beliau tergerak untuk reach out pada kami untuk mencari peluang kembali ke arena dakwah.
Semua Allah izinkan, pertemuan untuk memberi sedikit semangat dan inspirasi pada beliau. Tempoh hari, kami berkongsi pengalaman dalam perjalanan hidup dan dakwah selama ini, dalam pertemuan ini juga, Allah SWT mengilhamkan satu kolabrasi yang akan kami mulakan di N9. In syaa Allah.
Dah 2 tahun kami ingin memerlukan sesuatu di N9 dan inilah masanya dengan izin Allah kita jalan terus untuk dakwah dan kebajikan. Di sini, beliau juga merupakan tenaga pengajar dan mengajar agama dalam English.
Yakinlah, setiap kita yang diciptakan akan diuji. Tak kira kita agama Islam atau bukan agama Islam. Perkara yang berlaku akan berlaku pada semua dan kita sebagai seorang Islam, mesti dan wajib untuk meminta petunjuk dan pertolongan pada Allah.
Semoga kita semua sentiasa diberi hidayah dah petunjuk setiap hari dan dilimpahkan rezeki di dunia dan akhirat. Aameen