Topik LGBT sudah tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia dek kerana era globalisasi yang semakin rancak. Media massa dan media sosial seperti TikTok pula memainkan peranan utama dalam perkongsian elemen-elemen LGBT terutamanya di kalangan golongan muda. LGBT juga merupakan masalah sosial yang sangat susah untuk ditangani.
Bagi yang tidak tahu, LGBT merupakan singkatan kepada Lesbian (hubungan sejenis perempuan), Gay (hubungan sejenis lelaki), Bisexual (dwiseks) dan Transgender (mengakui identiti jantina berlawanan dengan jantina sebenar).
Hal ini mencetuskan kebimbangan terhadap rakyat Malaysia yang beragama Islam. Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan negara Islam yang sangat menitikberatkan akidah dan akhlak penganutnya. Bagi agama Islam, LGBT merupakan satu kesalahan jenayah yang melibatkan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
Walaubagaimanapun, disebabkan pembangunan ekonomi hiburan yang semakin naik di Malaysia, ada segelintir masyarakat dan juga ahli politik sendiri menyokong tindakan liberalisme dengan memberi kelonggaran kepada gerakan LGBT untuk menyebarkan agenda mereka. Hiburan di kaca televisyen dan dalam media sosial telah menyumbang kepada pengaruh LGBT apabila pasangan sesama jenis dan transgender menjadi norma dalam alur cerita yang disampaikan. Hiburan sosial lain seperti konsert juga memberi kesan negatif yang sama apabila penyanyi atau kumpulan itu sendiri menyokong agenda LGBT. Lebih menyedihkan, sesetengah ahli politik menyokong hal ini demi kepentingan ekonomi negara tanpa mengambil kira isu agama.
Kita yang sudah terlahir di dalam keluarga yang beragama Islam pasti lebih arif mengenai hukum dan dosa tabiat songsang ini. LGBT melawan fitrah kita sebagai manusia yang dilahirkan dengan sifat semula jadi dan nafsu. Tetapi bagaimana pula dengan Mualaf yang baru sahaja memeluk Islam ?
Sebelum memeluk Islam, mualaf sudah pastinya datang dari pelbagai jenis latar belakang, agama, etnik dan sudut pemikiran serta ideologi yang berbeza. Mungkin ada di kalangan mereka pernah tergolong dalam kalangan LGBT dan masih memerlukan bimbingan dan sokongan dari kita sebagai saudara seagama. Persatuan Inspirasi Mualaf merasa terpanggil untuk memberikan sedikit nasihat terhadap cabaran masalah LGBT di kalangan mualaf di Malaysia.
- LGBT merupakan isu akidah yang serius
- Sebagai saudara seagama, kita harus memberi kesedaran kepada mereka bahawa LGBT adalah bertentangan dengan akidah Islam. Isu transgender dan keinginan untuk berpakaian lawan jantina … keinginan untuk bersama dengan sesama jantina tidak patut sama sekali. Sekiranya rakan Mualaf merupakan gologan LGBT sebelum memeluk Islam dan ingin berubah dan kembali ke pangkal jalan, berdoalah kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan dan keimanan untuk melawan nafsu songsang tersebut.

- LGBT merosakkan fitrah semula jadi manusia
- Allah menciptakan manusia dengan cukup sifat bersama akal pemikiran untuk membezakan baik buruk sesuatu perkara. LGBT akan merosakkan hukum-hakam perkahwinan, faraid dan keturunan. Mana tidaknya, hubungan sesama jenis secara saintifiknya tidak wajar dan tidak mampu mengurniakan zuriat sekalipun. Ya, mungkin ada penyokong liberal mengatakan mereka boleh mengambil anak angkat. Tetapi cuba kita bayangkan anak yang membesar dengan dua ibu dan dua ayah ? Mereka akan membesar dengan tohmahan dan cacian bukan sahaja dari rakan-rakan tetapi daripada segelintir masyarakat.

- Pengajaran daripada Kisah Nabi Lut dan Nabi Nuh A.S
- Di dalam Al-Quran ada menceritakan tentang kaum Nabi Lut dan Nabi Nuh A.S yang telah dibinasakan akibat perbuatan maksiat mereka yang melampaui batas. Di dalam petikan ayat Al-Quran dari Surah Al-A’raaf menerangkan:
- Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? (Ayat 80)
- “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas” (Ayat 81)
- Kaum Nabi Lut dan Nabi Nuh A.S tidak menerima nasihat mereka dan lalai dengan kemaksiatan dunia yang menyebabkan kaum mereka tersebut diazab.
Demikianlah sedikit sebanyak nasihat yang boleh disampaikan kepada saudara baru dan saudara Islam kita sendiri. Tanggunjawab kita sebagai khalifah di bumi Allah ini adalah untuk beribadat kepadanya dan menjauhi larangannya. Mungkin banyak agenda dan gerakan yang menyokong LGBT lebih-lebih lagi kini ia menjadi trend bagi ramai anak muda melalui pengaruh media. Penyelesaiannya, teuskan berdoa agar dijauhi kemaksiatan tersebut dan sentiasa mengisi masa lapang dengan membaca Al-Quran dan kisah-kisah Nabi terdahulu agar kita tidak terjerumus ke lembah sosial yang songsang.