“Sir, I was following you in TikTok. Listen to your spiritual talks. My name is xxx from Selayang Mutiara and working in KL. I would like to meet you to welcome Islam into my life and give my life to Allah”
Hamba Allah
Pengerusi kami menerima mesej ni selepas plan pertama syahadah di KL ditangguhkan atas permintaan tuan punya badan. Tapi, Allah gantikan dengan peluang yang lain. Semalam merupakan salah satu moment syahadah yang sangat menyentuh perasaan kami semua. Beliau telah mula rasa ingin kembali kepada fitrah sejak 5 tahun sudah.
Tapi, beliau tak tahu kemana atau siapa yang patut diadu atau kongsikan. Lebih-lebih lagi untuk minta guidance. Allah sememangnya sebaik-baik perancang. Beliau akhirnya ditemukan dengan kami. Beliau saja yang tahu perasaannya masa melafazkan syahadah. Menitik airmatanya. Kami tumpang gembira kerana menjadi sebahagian dari peristiwa paling best dalam hidupnya.
Selesai urusan syahadah, kami mengajak beliau untuk solat Maghrib bersama, kami tunjukkan cara untuk berwuduk dan solat berjemaah. Tergambar Sebelum bersurai, kami hadiahkan sedikit sumbangan seperti sejadah, buku-buku sebagai penghargaan untuknya.
Kita tak akan pernah tahu samada kita akan masuk atau atas sebab apa kita ke syurga. Maka, sedikit usaha kami dalam menyampaikan agama Allah ini, mudah-mudahan menjadi bekalan di sana nanti.