Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, Program Nuzul Quran anjuran Persatuan Inspirasi Muallaf (PIM) telah berjaya dilaksanakan dalam satu hari yang penuh bermakna.
Program ini padat dengan pengisian rohani yang menyentuh jiwa:
β
Sesi Pembelajaran Fardu Ain
β
Solat Asar berjemaah
β
Majlis Khatam Al-Quran
β
Ceramah inspirasi oleh Ustaz Haji Muhammad Fitri Abdullah
β
Berbuka puasa ala Madinah
β
Diakhiri dengan solat Maghrib, Isyak & Terawih berjemaah
Lebih membahagiakan, program ini dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat β termasuk saudara baru (muallaf), golongan asnaf, dan para Muslim dari sekitar Lembah Klang. Ukhwah yang terjalin ini menggambarkan semangat Ramadan yang sebenar β penuh kasih, ilmu, dan ibadah.












