Alhamdulillah, Program Ihya Ramadan anjuran Persatuan Inspirasi Muallaf (PIM) berjaya diadakan pada Jumaat lepas, hanya 2 hari sebelum Ramadan bertempat di Tiana Cafe, berhadapan HQ PIM. 🌸
Lebih 50 peserta dari sekitar Selangor hadir memeriahkan majlis yang penuh dengan keberkatan ini. Majlis dimulakan dengan pembahagian kotak kurma kepada semua peserta, sebagai satu simbol kebaikan dan amal jariah di bulan yang mulia ini. 🌙
Antara pengisian yang sangat bermanfaat, Bro Muhammad Roger Arnold, Pengerusi PIM, telah menyampaikan ucapan penuh inspirasi yang memberi semangat kepada para peserta untuk mempertingkatkan amalan di bulan Ramadan. Tidak ketinggalan, Ustaz Ali, staf PIM, turut berkongsi ilmu yang memberi pencerahan tentang keberkatan Ramadan dan cara untuk memperbanyakkan amal ibadah.
Semoga setiap langkah yang kita ambil dalam bulan Ramadan ini diberkati oleh Allah SWT dan membawa kepada perubahan yang lebih baik. Semoga keberkatan Ramadan mengiringi kita semua! 🤲



