Alhamdulillah, hujung minggu #PIMuallaf sangat proaktif dan diisi dengan rezeki keluar ziarah sambil sampaikan sedikit bantuan kepada fakir & asnaf terutama saudara baru mualaf.

Rumah pertama kami kunjungi merupakan seorang makcik yang berumur lebih 70 tahun. Tapi, Allah kurniakan beliau kesihatan yang sangat baik! Masih boleh berbasikal ke masjid atau kemana sahaja yang beliau kehendaki.

Beliau kini tinggal di rumah seorang diri, mengisi masa dengan kelas² pengajian Islam. Ucapan tahniah kepada mereka yang terlibat dalam memudahcarakan urusan makcik ini. Terutamanya kepada #SupportTeamIMuallaf yang bersama² menjayakan ziarah ini. Ikuti video perbualan kami bersama beliau.

Kepada yang ingin terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, anda kini dengan mudah boleh terus menyumbang ke Tabung Kebajikan & Dakwah kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *