Uncle yang berumur 64 tahun, yang di pinggirkan oleh keluarga dan tiada tempat untuk tinggal. Beliau yang pernah hubungi kami di TikTok untuk meminta bantuan awal tahun ini, kami bantu beliau dengan menyampaikan bantuan kewangan dan kami pernah tawarkan beliau untuk duduk di rumah transit kami pada masa tu. Tetapi tiada khabar selepas itu.

Beberapa hari lepas beliau ada menghubungi kami dan keadaannya menjadi lebih teruk selepas dipenjarakan sebab memberi laporan palsu keatas seorang pegawai. Beliau menceritakan keadaan beliau yang dengan penyakit kronik berada di penjara selama 2 bulan. Selepas keluar dari penjara beliau ke Melaka untuk berjumpa dengan mereka yang berhutang dengannya. Tetapi kecewa sebab mereka tidak dapat dijumpai dan tidak menjawab panggilanya.

Selepas mengetahui keadaan belaiu yang dah lama tak dapat makan dan hanya mampu untuk tidur di tepi jalan, kami sampaikan bantuan kewangan dan cuba mencari solusi untuk beliau. Uncle ini seorang yang berpelajaran dan masih ingin kerja untuk menanggung kehidupannya. Cuma keadaan beliau menjadikan uncle ini sentiasa diuji. Ini perjalanan beliau untuk mendapat hidayah Allah. Itu kami pasti dan mendoakan untuk beliau diberi hidayah.

Terkini, kami menghubungi Pengerusi Bakpis, Haji Mohd Shahrin untuk bantu berjumpa dan bantu beliau sebab di Melaka. Hari ini Saya diberitahu Haji Mohd Shahrin menyampaikan bantuan kewangan pada beliau. Alhamdulillah.

Seperti kami selalu beritahu, Allah masih panjangkan umur uncle ini untuk terima hidayah Allah. Dan ini perjalanan beliau sehingga menerima dan mengucap 2 kalimah syahadah. Tugas kita dengan izin Allah ialah untuk membantu dan menyampaikan Islam bila mereka reach out pada kita.

Uncle akan ke KL dalam beberapa hari ini, kami akan membuat persiapan untuk mendapatkan tempat tinggal bagi beliau. In syaa Allah.

Terima kasih pada Sahabat Saya, Haji Mohd Shahrin yang berjumpa dan membantu beliau.

Semoga Uncle terbuka hati menerima Islam dan diberi hidayah Allah. Aameen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *