Kami telah terlibat secara tidak langsung & tidak langsung dengan program Usrah Perdana Pendakwah 2022 yang dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor. Program ini dibahagikan mengikut bangsa seperti India & Cina. Ia elah dilaksanakan di Shah Alam pada October & November lalu.

Persatuan Inspirasi Muallaf telah menyertai Usrah Perdana Pendakwah India 2.0 yang mana Acappella Suite Hotel & Residences yang terletak di seksyen 13 Shah Alam telah menjadi lokasi pilihan. Pengerusi kami Brother Muhammad Roger Arnold turut menjadi salah seorang peserta untuk program ini. Pasukan Persatuan Inspirasi Muallaf diberi peluang untuk membuka booth & ketika itu dengan rasminya Persatuan Inspirasi Muallaf telah melancarkan produk terbaru kami, Roger’s Chocolate buat pertama kalinya diperkenalkan kepada awam.

Alhamdulillah, kami panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi peluang ini untuk Persatuan Inspirasi Muallaf memperkenalkan Roger’s Chocolate kepada umum sebagai salah satu produk yang diinisiatifkan untuk menjadi penyokong kepada pergerakan dakwah & kebajikan Persatuan Inspirasi Muallaf.

Melalui Roger’s Chocolate juga, kami telah merancang & bakal diumumkan secara rasmi tak lama lagi, apa yang kami fikir sebagai satu tapak atau foundation untuk kami membantu para mualaf terutamanya & sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan secara santai atau pasif. Melalui usaha ini, Persatuan Inspirasi Muallaf mengharapkan dapat terus melaksanakan kerja-kerja dakwah & kebajikan bagi memantapkan & menaiktaraf kehidupan para mualaf terutamanya.

Pada November pula, kami telah turut serta membuka booth & memperkenalkan Roger’s Chocolate kepada umum, juga melalui program Usrah Perdana Pendakwah Cina yang telah berlangsung di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Kami amat mengharapkan agar Allah SWT memberkati usaha kami ini. Tidak dilupakan juga sokongan & dokongan dari semua pihak kerana kerja dakwah & kebajikan ini terletak bukan hanya pada mana-mana NGO, malah ianya merupakan tanggungjawab setiap Muslim.

Jika ada diantara anda yang ingin mencuba Roger’s Chocolate sebagai tanda sokongan & dokongan mahupun sebagai chocolate lovers seperti pengerusi kami, anda boleh terus klik pada link dibawah. Sokongan & dokongan anda hanya Allah SWT dapat mengganjarinya. Amin

Dapatkan *FREE POSTAGE sepanjang bulan December 2022 melalui Kedai Inspirasi.

Anda juga boleh membeli melalui Kedai Inspirasi Shopee.

*Tertakluk kepada terma & syarat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *