“Barangsiapa yang mempermudahkan urusan mereka yang kesusahan,
maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)
Apa itu Qaseh Giving Box?
Tujuan
Program Qaseh Giving Box ini merupakan program bulanan yang akan membantu asnaf & mualaf spesifiknya bagi meringankan bebanan mereka dalam menyempurnakan keperluan bulanan mereka dari aspek keperluan barangan asas. Keperluan asas ini merangkumi beras, tepung, gula, minyak dan lain-lain keperluan.
Sasaran
Kami menyasarkan sehingga 200 keluarga yang akan menerima Qaseh Giving Box ini daripada sumbangan mana-mana organisasi yang ingin menyokong mahupun individu-individu yang mahu turut bersama-sama kami dalam merealisasikan program ini.
Harapan
Melalui program ini, kami mengharapkan lebih ramai sahabat mualaf & asnaf yang dapat dibantu dalam meringankan bebanan mereka disaat ekonomi dunia semakin tenat. Malah, melalui program ini juga, akan terlahirlah lebih ramai individu atau organisasi yang suka bersedekah dan membantu orang yang dalam kesusahan.
Penyumbang
Qaseh Giving Box Melalui Infak 1 For All !
Penerima
“Kecintaanmu pada orang-orang fakir miskin adalah akhlak para Nabi, menyantuni mereka dengan duduk bersama mereka adalah tanda-tanda orang yang soleh dan menjauhi mereka daripada mendampingi mereka adalah tanda-tanda orang munafik.”
(Ittihaf Sadah al-Muttaqin)
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai apa-apa perkara berkenaan dengan program ini, sila hubungi kami.