Sabtu minggu lepas 11 Jun 2022, telah berlangsung program diantara Persatuan Inspirasi Muallaf dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Bukit Kapar, Klang. Lebih kurang 30 set pek bantuan barangan asas telah kami agihkan kepada penduduk disana. Semoga bantuan kami yang kecil ini dapat meringankan urusan harian setiap penerima.

Program Bersama Komuniti Bukit Kapar, Klang

Bukit Kapar adalah satu kawasan yang terletak diantara Meru dan Puncak Alam. Jumlah penduduk di sana telah meningkat dengan banyaknya dalam tahun-tahun kebelakangan ini kesan daripada pembangunan yang pesat disekelilingnya. Termasuklah taman perumahan, kilang perindustrian dan projek pelebaran jalan raya yang giat berjalan sehingga ke hari ini.

Program ini dirasmikan oleh Ketua Kampung Bukit Kapar Tuan Haji Md Jamaludin bin Ramlan dan telah bersurai lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Persatuan Inspirasi Muallaf sangat mengharapkan kerjasama ini tidak terhenti disini sahaja, malah dapat diteruskan pada masa akan datang dengan pelbagai kegiatan lain.

Pengerusi Persatuan Inspirasi Muallaf, Brother Muhammad Roger James Arnold menyampaikan ucapan beliau.

Jutaan terima kasih kami kepada Jakel Malaysia kerana telah menyumbangkan pek bantuan keperluan asas ini sejak beberapa tahun lalu sehingga tahun 2022 ini. Lebih daripada 1500 pek bantuan ini telah diterima dan kami telah agihkan lebih daripada 70%.

Persatuan Inspirasi Muallaf mengharapkan lebih ramai penerima-penerima yang akan menerima pek bantuan keperluan asas ini atau dengan nama lainnya Bakul Inspirasi Nur Ramadan pada masa akan datang, insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *