Tak kenal maka tak cinta

Penubuhan

Persatuan Inspirasi Mualaf (PPM-004-10-22022020) ditubuhkan pada tahun 2016 iaitu ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadan. Pada ketika itu pengasasnya, Brother Muhammad Roger James Arnold membuat keputusan untuk memberikan servis seperti ini kerana melihat keperluan semasa saudara baru terutamanya dari segi ilmu pengetahuan dan juga keperluan asas.

pdf, document, file type-155498.jpgProfil Persatuan Inspirasi Muallaf – Versi PDF

Muhammad Roger James Arnold

"Hidup ini sebuah perjalanan dari Allah, kerana Allah, dan menuju Allah" - Muhammad Roger James Arnold.

Bermula dengan hanya 2 orang memeluk Islam, kini melebihi 300 orang saudara baru telah memeluk Islam.

Kami bermula dengan mengedarkan makanan yang telah siap dimasak sebagai juadah untuk berbuka puasa di tiga kawasan iaitu PPR Kota Damansara, PPR Lembah Subang dan juga Pinggiran Subang. Pada ketika itu Inspirasi Mualaf hanya mempunyai dua kakitangan yang berkhidmat secara sepenuh masa iaitu Brother Muhammad Roger dan juga bekas setiausahanya Cik Laili Abdul Rahim. Mereka berdua hanya bergerak ke tempat-tempat yang memerlukan bantuan terutamanya keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal. Setiap hari sebanyak 100 bungkusan makanan diedarkan bagi memastikan mereka yang memerlukan ini ada makanan untuk berbuka.

Oleh kerana itu, kami berjaya menarik beberapa individu untuk mengenal Islam dan akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah. Pada ketika itu Persatuan Inspirasi Muallaf tidak mempunyai pejabat dan bergerak secara mobil sahaja. Dengan pendekatan ini, kami dapat menyelam dan memahami masalah yang dialami mualaf.

Misi

  • Melahirkan asnaf yang lebih memahami akan erti ‘survival’ dalam kehidupan.
  • Melahirkan asnaf yang lebih berdikari.
  • Membawa mereka mengenal Allah dan mempraktikkan kehidupan yang lebih islamik terutama untuk mualaf.
  • Memastikan kebajikan mereka sentiasa terjaga.
  • Menggalakkan mereka untuk sama-sama membantu dan memastikan saudara asnaf lain tidak ketinggal untuk mendapatkan bantuan.

Visi

Kebajikan dijaga, pembangunan dipastikan, dakwah dan pengislaman sentiasa seiring.

Pada tahun 2017, Brother Muhammad Roger telah dipilih sebagai Ikon Saudara Baru menerusi rancangan Syahadah yang disiarkan di RTM 1. Kegigihan beliau turun untuk menyampaikan bantuan kepada kami yang memerlukan tanpa mengira masa dan juga bangsa juga menarik perhatian media yang lain seperti TV Al Hijrah, THR Gegar, IKIM FM, Selamat Pagi Malaysia dan yang terkini Borak Kopitiam. Beliau juga turut menerima penghargaan sebagai sukarelawan yang komited oleh PERKIM Kebangsaan yang disampaikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 2018. Beliau juga turut menerima tokoh pendakwah yang dianugerahkan oleh Gabungan Dakwah Malaysia pada tahun 2019.

Pada akhir tahun 2020, Inspirasi Mualaf telah membuka pejabat secara rasmi setelah mendaftar sebagai persatuan pada Februari 2020. Pencapaian ini menjadikan Inspirasi Mualaf semakin bergerak aktif bukan sahaja untuk kebajikan malahan untuk dakwah dan juga pembangunan asnaf-asnaf yang disantuni.

Program Kemuncak Tahunan

Sehingga ke hari ini lebih 8000 keluarga telah menerima bantuan daripada Inspirasi Mualaf yang mana pasukan kami akan turun padang untuk menyampaikan terus bantuan kepada kami. Bantuan ini bukan sahaja diterima di negeri Selangor malahan dibeberapa negeri sehingga Sabah dan Sarawak. Inspirasi Mualaf juga turut terlibat dengan bantuan seperti kerja-kerja pembersihan  ketika banjir melanda negeri Selangor. Inspirasi Mualaf juga turut menyampaikan bantuan keperluan asas dikawasan yang terjejas sehingga negeri Pahang.

Inspirasi Mualaf yang juga sentiasa bergerak aktif menyantuni mualaf dan juga fakir miskin dan berjaya mensyahadahkan lebih 362 orang saudara baru sehingga kini. Bantuan yang berterusan yang diberikan tanpa mengira masa berjaya menghadirkan senyuman dan juga meringankan beban kami yang memerlukan.