Kami mendapat maklumat tempoh hari tentang satu keluarga yang perlukan bantuan di Port Dickson (PD). Mereka dikatakan tiada rumah dan tiada duit untuk makan & minum.

Maklumat ini di sampaikan oleh jemaah yang singgah di masjid untuk solat zohor dan disampaikan pada beberapa sahabat sehingga sampai pada kami. Bila terima maklumat & nombor keluarga mualaf ini, kami cuba hubungi dan mesej mereka tetapi gagal. Kami sangka baik mungkin mereka ada masalah handphone. Selepas dihubungi oleh jemaah itu sendiri, kami akhirnya dapat lokasi masjid yang terletak di Teluk Kemang.

Kami terus ke sana dan memakan masa lebih kurang satu jam juga untuk sampai. Bila sampai, kami mencari mereka tapi tak jumpa langsung. Kami cuba lagi hubungi mereka tapi tak dapat juga. Waktu pun dah masuk solat isyak, kami terus bersama jemaah disana menunaikan solat isyak. Selepas solat isyak, kami berjumpa dengan imam & ajk kebajikan di masjid itu.

Selepas menunjukkan gambar mereka, kami diberitahu mereka ada masa zohor dan balik sebelum asar. Tamabahan, ini bukan kali pertama mereka ke sana untuk meminta bantuan. Bantuan diberikan tidak diterima sebab mereka cuma memerlukan duit katanya. Kami diberitahu yang mereka menaiki kereta & berada di beberapa masjid di PD & Seremban.

Bila kami memberitahu keadaan ini pada pemberi maklumat, dia pun tak pasti & menghubungi mereka. Mereka memberitahu sedang dalam perjalanan balik ke Kajang. Selepas melihat gambar di WhatsApp mereka, gambar yang tidak berhijab oleh wanita dan kedua-dua mereka ada tanda putih di dahi mereka seolah-olah mereka bukan Islam. Nauzbillah.

Walaupun diberikan surat memeluk agama Islam & dah lebih 12 tahun memeluk agama Islam, dikatakan mereka di halau dari rumah oleh keluarga mereka. Dan semua pengenalan lelaki ini dibakar. Itulah yang kami diberitahu.

Kami melihat kes ini sebagai masalah akidah & syirik. Tak pasti kisah sebenar & yang sangat mengecewakan ialah anak² mereka iaitu generasi yang skan datang. Generasi yang tidak beramal dan beriman pada Allah.

Kami tidak buruk sangka pada mereka sebab belum dapat jumpa mereka & tidak dapat maklumat lanjut. Kami akan terus mencari mereka untuk mendapatkan kebenaran & keadaan mereka yang sebenar.

Terima kasih pada hamba Allah yang perihatin dan mencari solusi untuk menghubungi beberapa sahabat sehingga sampai pada kami.

Kita doakan yang baik² untuk mereka & mereka diberi petunjuk untuk beramal dan beriman pada Allah S.W.T. InsyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *