Penempatan Mualaf & Asnaf

Rumah transit & perlindungan disediakan bagi mereka yang memerlukan. Terkini, kami mempunyai dua lokasi iaitu Rumah Perlindungan di Sabak Bernam & Rumah Transit di Shah Alam. Ini bertujuan memberi perlindungan dan penempatan sementara untuk saudara baru merancang kehidupan mereka dengan lebih baik.

Rumah-Perlindungan

Rumah perlindungan Sabak Bernam

Ini merupakan inisiatif kami bagi membantu individu yang berstatus sebatang kara, OKU, warga emas & lain-lain. Kami fokuskan rumah perlindungan  ini untuk penghuni lelaki sahaja. Terkini, kami menampung lebih dari 7 orang mualaf. Ada diantara mereka merupakan warga emas yang memerlukan penjagaan khas, penghidap penyakit seperti diabetis & lain-lain.

 

Rumah perlindungan Sabak Bernam ini masih memerlukan dana pembinaan untuk mula beroperasi.

Program Kebajikan Utama Tahunan

Bagi Persatuan Inspirasi Muallaf, bulan Ramadan merupakan bulan penutup bagi setiap tahun. Maka, Program Inspirasi Ramadan berserta program-program lain merupakan ruang & peluang untuk kami bantu mualaf & asnaf.

IMG_20220409_113446-optimized

8000 keluarga telah dibantu sehingga Ogos 2021

Antara bantuan yang telah dilakukan adalah:

  • Bantuan Kecemasan
  • Keperlukan barangan dapur.
  • Bantuan selepas pengebumian jika ada kematian.
  • Bantuan pakaian.

Saham Akhirat

“Sesungguhnya Allah akan menolong seorang hamba-Nya selama hamba itu menolong orang lain.” (Hadits Muslim, Abu Daud Dan Tirmidzi).