Pengerusi Persatuan Inspirasi Muallaf

Kata-kata Aluan Daripada Pengerusi

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dan selamat datang ke laman sesawang Persatuan Inspirasi Muallaf. Setelah sekian lama kami usahakan akhirnya laman sesawang ini berjaya dipaparkan bagi memudahkan para penyumbang dan mereka yang memerlukan bantuan menjadi lebih dekat dengan kami. Ini adalah satu cara untuk kami menyebarkan maklumat kepada mereka yang selalu bersama-sama dengan kami sejak dari mula persatuan ini ditubuhkan.

Sebagai sebuah persatuan, kami akan terus memberi maklumat terkini kepada para pembaca. Pihak persatuan amat berbesar hati sekiranya para pembaca terus menerus menyokong persatuan ini agar dapat meneruskan kerja-kerja kebajikan, dakwah dan juga melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan hidup asnaf muallaf dan fakir miskin yang disantuni.

Semoga kita akan terus bersama-sama dalam perjuangan untuk menegakkan syiar Islam dan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. Inshaa Allah

Hidup ini sebuah perjalanan.
Dari Allah, kerana Allah & menuju Allah.
Isikan Perjalanan itu dengan pahala & kebajikan buat bekalan.

Muhammad Roger James Arnold