Inspirasi Kasih Korban 2023

Allah menggalakkan ibadah korban,
Diagihkan dagingnya kepada yang memerlukan,
Fadilat dinikmati manfaat dihargai.

Inspirasi Kasih Korban 2023

Allah Mengalakkan Ibadah Korban,
Diagihkan Dagingnya Kepada yang Memerlukan,
Fadilat Dinikmati Manfaat Dihargai.

Apa Peserta Korban Dapat?

Sijil-Penyertaan-Web-2

Sijil Penghargaan

Sebagai tanda penghargaan & penglibatan setiap penyumbang atau peserta korban, Persatuan akan menyediakan sijil penghargaan selepas program Inspirasi Kasih Korban 2023.

Inspirasi-Ramadan-Takaful-2021

Hadiah Penghargaan

Hadiah penghargaan akan diberikan sebagai tanda terima kasih kami untuk para penyumbang yang budiman.

Gambar Hari Kejadian

Gambar pada hari kejadian beserta nama penyumbang & haiwan korban akan dihantar kepada penyumbang secara peribadi melalui aplikasi WhatsApp.

Setiap sumbangan anda untuk ibadah korban ini akan diagihkan kepada asnaf, fakir & saudara baru (mualaf) pada hari kejadian.

Jika sekiranya terdapat lebihan daging, ianya akan disejukbekukan & akan diagihkan kepada yang memerlukan (yang layak menerima)

Objektif Program

Inspirasi Kasih Korban 2023 kali ini bakal melibatkan beberapa lokasi di dalam Selangor juga Perak.

  • Memberi pendedahan kepada muallaf dan fakir asnaf tentang ibadah korban.
  • Memberi kefahaman tentang pengertian ibadah korban dan ibadah haji.
  • Memberi pengalaman sebenar untuk menyaksikan dan melaksanakan ibadah korban.
  • Mendidik saudara baru untuk menanam keazaman melakukan ibadah korban serta menunaikan ibadah haji bila berkemampuan. Ini juga menggalakkan mereka untuk berusaha untuk mencapai niat mereka itu.

Kenapa Mualaf Patut Sertai?

Praktikal-Korban

Praktikal

Peluang untuk melibatkan diri dalam semua proses korban termasuklah melapah daging malah menyembelih binatang korban kepada yang berkemampuan.

Sijil-Penyertaan-Web-2

Sijil Penghargaan

Peserta untuk program Inspirasi Kasih Korban ini bakal menerima sijil penghargaan dari Inspirasi Muallaf sebagai tanda terima kasih kami di atas penglibatan mereka.

tazkirah-ringkas

Tazkirah Ringkas

Perlaksanaan ibadah korban ini tidak akan dapat dilaksanakan sebaiknya tanpa kefahaman sekaligus menghadirkan keinginan untuk bersama dalam ibadah ini agar ianya diberkati Allah SWT.

Agihan-Daging

Agihan Daging

Setiap daging korban yang telah selesai ditimbang seperti mana yang dituntut akan diagihkan kepada para penerima terutamanya asnaf, fakir & saudara baru (mualaf)

Jom Infak

Ini adalah peluang anda untuk terus infak dalam program ini kerana secara tak langsung anda telah membuka ruang & peluang kepada asnaf untuk turut serta. Ini merupakan inisiatif dari kami agar mereka dapat menjiwai ibadah korban & juga menambahbaik hubungan mereka dengan Allah SWT.

Daripada A’isyah R.Anha, bahawa Nabi S.A.W bersabda:


“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”


Riwayat al-Tirmizi (1493)

Borang Pendaftaran

Galeri Korban Perdana 1443H/2022M