Ihya Ramadan 1445H/2024M

Seramai 200 tetamu yang terdiri daripada muallaf & asnaf telah dijemput untuk meraikan kedatangan bulan Ramadan melalui Majlis Ihya Ramadan 1445H/2024M anjuran Persatuan Inspirasi Muallaf di Dewan Seri Hatinie. Jutaan terima kasih buat Ustaz Khairul Anuar Basri kerana sudi menjadi penceramah kita pada malam itu ... tidak lupa juga Ustaz Farhan Tee sebagai pengacara dan semua 'support team' daripada Kota Damansara, Puchong, Klang, Sabak Bernam, Perak dan Kelantan.

Ukhwah Fillah Santai Bersama Saudara Mualaf Kita... Pertandingan Bowling @ Wangsa Bowl, Setia City Mall

Program Ukhwah Fillah kembali lagi dalam bentuk santai dengan aktiviti pertandingan bowling bersama muallaf Persatuan Inspirasi Muallaf. Kali ini, kami ingin mereka merasakan kelainan penjalinan ukhwah bersama selain daripada menyertai kelas agama ! Dengan aktiviti santai begini, mereka bukan sahaja dapat menimba ilmu malah dapat bergembira bersama.

Himpunan Mualaf Wilayah Perseketuan di Grand Continental Hotel Kuala Lumpur anjuran PERKIM

Himpunan Mualaf Wilayah Perseketuan di Grand Continental Hotel Kuala Lumpur anjuran PERKIM Wilayah Persekutuan telah menjemput Pengerusi Persatuan Inspirasi Muallaf untuk menyampaikan dalam Slot beliau iaitu Rahmat Allah Yang Luas. Alhamdullilah satu pemyampaian yang menarik telah dikongsikan kepada semua sahabat muallaf yang menyertai himpunan ini.

Kunjungan Hormat Bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Alhamdulillah pada 4 Februari 2024, bertemu juga Pengerusi PIM, #BroRoger bersama #TeamPIMuallaf dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan untuk 'catch up session' bagi melaksanakan beberapa program. Walaupun dah banyak kali tangguh, rezeki dan jodoh Allah itu tidak ke mana kan ? Kami membawakan amanah dan usul dakwah untuk program berterusan dan program terbesar selepas membawa Dr. Zakir Naik ke Kelantan tahun 2019. Nak tahu program apa pulak lepasni ? Nantikan dan doakan urusan kami dipermudahkan ya.

Perkongsian Manis: Cinta Apa ? Bersama FPI Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Alhamdullilah, selesai sesi Perkongsian Manis Slot: Cinta Apa ? Pada 13 Januari 2024 hari Sabtu di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama pelajar-pelajar Fakulti Pengajian Islam.

Antara perkongsian yang disampaikan adalah bagaimana Pengerusi kita boleh mengenali Islam dan pengalaman beliau sepanjang memeluk agama Islam. Beliau juga memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk berdakwah dengan 'non-muslim' secara lembut dan santai.

Terima kasih kepada Persatuan PERKIM FPI UKM kerana menjemput kami dan memberi kami peluang untuk berjumpa dengan bakal-bakal pendakwah ini.

Bual Bicara Wanita “Hijrah Ku Untuk Siapa?”

Setiausaha Persatuan Inspirasi Muallaf iaitu Puan Laili Abd Rahim telah dijemput sebagai salah seorang panel bagi bicara "Hijrah Ku Untuk Siapa?" di Putra Heights. Alhamdulillah, satu program kecil yang bermanfaat untuk semua wanita serta pengisian yang disampaikan juga amat menarik dan menusuk qalbu.

Majlis Sanah Helwah Hatinie & Keluarga – Maulid & Tazkirah “Adab Dulu Sebelum Ilmu”

Persatuan Inspirasi Muallaf serta Pengerusi, Encik Muhammad Roger Arnold telah dijemput untuk menjadi panel dan memeriahkan lagi majlis ulang tahun kelahiran yang cukup unik kerana mengadakan sekali maulid serta tazkirah tentang Adab Dulu Sebelum Ilmu di mana #BroRoger sendiri menjadi salah satu panel bersama-sama dengan Ustaz Karim Almakki dan Ustaz Khairul Anuar Basri !

Majlis Ukhwah Fillah Muallaf 2023

Majlis Ukhwah Fillah Muallaf kita berjalan dengan lancar dengan izin Allah SWT pada 25 November 2023. Banyak perkongsian menarik daripada Pengerusi kita Muhammad Roger Arnold dan juga dua orang tenaga pengajar iaitu Ustaz Zaki dan Ustaz Barhaqi Subhan Allah ... Bukan itu sahaja, muallaf kita juga dapat menanyakan soalan dan berkongsi kisah mereka sepanjang memeluk Islam.

Majlis Meraikan Saudara Baru PERKIM di International Dakwah Institute PERKIM Kuala Lumpur 2023

Alhamdullilah sedikit cuplikan dari Majlis Meraikan Saudara Baru PERKIM di International Dakwah Institute PERKIM Kuala Lumpur.
#BroRoger telah dijemput sebagai salah seorang panel jemputan dan telah memberi sedikit perkongsian yang boleh sahabat PIM semua saksikan dia channel youtube official kami IMTV dan juga di TikTok kami !

Program Manisnya Persaudaraan Bersama UPM 2023

Saudara Amin Ali merupakan seorang tenaga pengajar juga kenalan kepada Pengerusi Persatuan Inspirasi Muallaf telah mengajak kami untuk bekerjasama dalam membantu pelajar-pelajar beliau bagi salah satu subjek yang mereka ambil di Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini telah melibatkan anak-anak asnaf dan mualaf. Mereka telah disajikan dengan aktiviti-aktiviti yang kami kira sangat menarik yang telah disusun atur oleh pelajar-pelajar UPM yang terlibat.

Kunjungan Hormat Kelantan 2023

Kami telah berkunjung dan menziarah SUK Kelantan YB Dato' Hajjah Mumtaz Md Nawi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Kelantan bagi membincangkan beberapa perkara berkenaan dengan perihal mualaf & asnaf. Kesempatan yang sama, kami turut menziarahi beberapa tempat seperti Institut Pemikiran Tok Guru Nik Aziz dan juga Pusat Pembangunan Wanita Kelantan atau PPWK yang terletak di Jelawat, Kelantan.

Forum Hijrahku KeranaMu Allah 2023

Kami dijemput oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk berkongsi pengalaman Pengerusi Persatuan untuk dijadikan sebagai inspirasi bagi para mualaf & asnaf yang hadir. Program telah diadakan di Rembau, Negeri Sembilan bersempena peristiwa Awal Muharram.

Inspirasi Kasih Korban 1444H/2023M

Seperti tahun lalu, tahun 2023 juga direzekikan untuk kami mengadakan Program Inspirasi Kasih Korban dan menariknya tahun ini Allah pilih Kampung Orang Asli Sungai Tonggak di Perak sebagai tuan rumah. 3 ekor lembu dan 2 ekor kambing telah dikorbankan. Penduduk kampung memberi kerjasama yang mantap dibawah pimpinan Ustaz Wan serta Ustazah Ruby.

Agihan Bantuan PPR Kota Damansara (Inspirasi Ramadan 2023)

Hampir setiap tahun, Persatuan Inspirasi Muallaf mengagihkan barang bantuan berupa keperluan asas rumah untuk para mualaf & asnaf di PPR Kota Damansara.

Penerimaan Bantuan Asas dari Jakel (Inspirasi Ramadan 2023)

Saban tahun, pihak Jakel Malaysia bekerjasama dengan kami bagi membekalkan keperluan barangan asas seperti beras, tepung, susu pekat, sardin, minyak dan lain-lain keperluan. Bagi membantu mualaf & asnaf untuk tahun ini, kerjasama ini telah menyalurkan lebih 1400 set keperluan barangan asas ini yang mana juga melibatkan hampir 1500 buah keluarga. Lokasi yang terlibat adalah negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain.

Iftar Perdana 1444H/2023M

Dewan Seri Hatinie sekali lagi telah dipilih untuk menjadi lokasi bagi program Iftar Perdana pada tahun ini. Lebih kurang 200 orang jemputan termasuk para penyumbang serta para mualaf dan asnaf telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Beberapa barangan bantuan telah diagihkan kepada mualaf dan asnaf seperti, Raya Box, Baju Raya, Duit Raya dan lain-lain sumbangan kecil.

Ihya Ramadan 1444H/2023M

Program Ihya Ramadan pada tahun ini kami laksanakan dengan skala kecil sahaja dan telah diadakan di Pejabat Persatuan Inspirasi Muallaf. Setiap mualaf & asnaf yang telah hadir turut menerima jemputan bagi Program Iftar Perdana yang diadakan pada 10 hari Ramadan yang terakhir.

Korban Perdana 1443H/2022M

Program Korban Perdana ini telah diadakan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam yang melibatkan lebih kurang 30 ke 40 orang mualaf & asnaf setempat. Terima kasih tak terhingga kepada pengurusan masjid diatas kerjasama & bantuan yang tak berbelah bahagi dari bermulanya program hingga ke sudah.