Hanya tertarik dengan ucapan assalamualaikum, bermulah perjalanan Brother Muhammad Roger sebagai seorang muslim. Maksudnya yang sangat menyentuh hati beliau iaitu “Peace Be Upon You” menjadikan beliau mahu berkongsi dengan yang lain.


Maka tercetuslah idea untuk mengabdikan ucapan ini diatas sehelai t shirt dan ianya menjadikan pencetus kepada bermulanya jualan t-shirt keluaran Inspirasi Mualaf. Apabila ianya diperkenalkan dan komersialkan, ianya mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga berjaya menjual lebih daripada 15,000 helai ke 20,000 helai. Dengan hasil jualan t-shirt ini maka sebahagian keuntungan digunakan untuk menjalankan kerja-kerja kebajikan dan dakwah.


Sehingga kini, Inspirasi Mualaf masih lagi meneruskan jualan t-shirt yang mempunyai mesej dakwah. Antaranya ‘Islam is Peace’, ‘I Am Muslim’, Sabar, Syukur, dan yang terkini ‘Smile‘ versi baru dan ‘Alhamdulillah Life is Beautiful‘. Ini adalah antara usaha Inspirasi Mualaf dalam menyampaikan dakwah secara santai dan tidak langsung.


T-shirt ini dikeluarkan dengan pelbagai pilihan iaitu baju lengan pendek, t-shirt muslimah dan yang terkini pull-up hoodie. Semoga dengan siri t-shirt bermesej dakwah ini dapat menjadi lubuk pahala untuk kita secara tidak langsung. Ini adalah kerana ada antara kita minat untuk berdakwah tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Dan sesungguhnya tugas kita sebagai hamba Allah diatas muka bumi ini adalah untuk menyembah Allah dan juga menyampaikan syiar Islam kepada mereka yang belum Islam.


Semoga anda diluar sana sentiasa menyokong dan membeli produk keluaran Inspirasi Mualaf terutamanya t-shirt kami di Kedai Online kami seperti mana yang tertera dilaman sesawang kami. Dengan setiap pembelian yang dibuat oleh anda dapat membantu sebuah keluarga yang memerlukan bantuan daripada kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *