INSPIRASI UKHUWAH RAMADAN 1446

Ramadan akan tiba dan Persatuan Inspirasi Muallaf mengajak anda menyemarakkan bulan penuh keberkatan ini melalui program yang penuh inspirasi!

Setiap malam, seribu Muslimin, asnaf & Muallaf akan bersama-sama menikmati; Berbuka Puasa dalam suasana bak di Madinah, Solat Berjemaah hingga Tarawikh serta Majlis Ilmu: Tazkirah & Tadabur untuk menyegarkan jiwa

Bersama kita raikan Ramadan dengan ilmu, silaturahim & keberkatan. Sertai kami untuk menyusuri perjalanan kerohanian yang mendalam & berikan sumbangan anda bagi memastikan kelangsungan program ini.

Satu Hati, Satu Iman!

Mari bersama kita ciptakan Ramadan yang penuh makna!

PENGENALAN

Persatuan Inspirasi Muallaf telah bergerak selama lebih 10 tahun dalam Dakwah, membantu dan menjaga Kebajikan, Pembangunan dan Pendidikan asnaf muallaf, fakir miskin dan juga ibu tunggal. Bermula tahun lepas, persatuan telah melancarkan program khas yang dijalankan sepanjang bulan Ramadan yang mendapat sokongan dari pelbagai rakan strategik.

Program khas ini dilaksanakan pada bulan Ramadan kerana ramai yang memerlukan dan ramai juga bukan muslim yang mengenali Islam melalui bantuan yang disampaikan di kawasan sekitar. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program berlangsung dan sasaran tahun ini adalah seramai lebih 5000 muallaf dan asnaf dari sekitar Lembah Klang dan seluruh negara.

Hari Lagi

OBJEKTIF

  1. Memfokuskan kepada muallaf yang baru sahaja mengucap syahadah dalam membimbing mereka menunaikan ibadah puasa.
  2. Memberi persediaan kepada muallaf dan asnaf dari segi ilmu dan keperluan dalam menjalani ibadah puasa.
  3. Memastikan muallaf dan asnaf tidak terputus bekalan makanan sepanjang Ramadan seterusnya memudahkan mereka untuk menumpukan kepada ibadah puasa sepenuhnya.
  4. Menggalakkan muallaf dan asnaf untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan berbuka bersama-sama, menghadiri majlis ilmu serta solat sunat terawih berjemaah.
  5. Membina ukhuwah antara persatuan dan muallaf serta asnaf yang disantuni.
  6. Mendidik mereka yang disantuni tentang indahnya Islam dan agar sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka perolehi.
Previous
Next