Sudah pasti kepada saudara baru kita yang dah lama atau baru sahaja memeluk Islam, mesti ada macam-macam tanda tanya dalam kepala berkenaan dengan ibadah berpuasa, betul? Jadi, kalu ini kami nak kongsi dengan semua, 3 perkara yang boleh membatalkan puasa kita, part 1.

  1. Muntah
    • Jika muntah berlaku tanpa sengaja, tak batal puasa dengan ijmak ulama (sepakat ulama). Tapi, jika disengajakan maka, batallah puasa walaupun sedikit (mengikut pandangan Imam Malik & asy-Syafi’i); berdalilkan hadis Nabi SAW:
      • Maksudnya: Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqada atau mengganti puasa dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib menqadanya. – Riwayat Ahmad, Abu Daud, at Tirmizi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.; Bulugh al-Maram, no. 626.
  2. Pengsan
    • Pengsan sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati oleh majoriti ulama. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak ulama jua.
  3. Keluar air mani
    • Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara langsung yang disengajakan seperti mengeluarkan dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya.
    • Keluar air mani kerana melihat atau berkhayal
      • Menurut mazhab asy-Syafi’i dan Hanadi, tidaklah membatalkan puasa kerana perbuatan itu seumpama mimpi, kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Walaupun tidak batal puasa, namun perbuatan tersebut adalah makhruh dan mengurangkan pahala puasa.
      • Adapun mengikut mazhab Hambali & Maliki, keluar air mani dengan berfikir, berkhayal dan melihat gambar juga akan membatalkan puasa.
    • Keluar air mazi
      • Menurut mazhab asy-Syafi’i dan Hanafi, tidak membatalkan puasa. Namun menurut mazhab Hambali dan Mailiki, batal puasa dengan keluar mazi itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *