Pada bulan Ramadan yang lalu, Persatuan Inspirasi Muallaf dengan izin Allah SWT, akhirnya berjaya merakamkan 5 episod The Journey. Siri ini telah dia kendalikan oleh pengacara khas yang kami bawakan, saudara Anwar Afiq.

Episod ini telah menampilkan sepasang anak & ayahnya yang baru sahaja melafazkan syahadah ketika itu di Starbuck Seremban, Negeri Sembilan. Peristiwa itu sangat menghayat hati kami semua yang terlibat sepanjang proses penerangan tentang Islam & syahadah itu.

Anak lelakinya yang bernama Amiruddin Abdullah & ayahnya saudara Muhammad Chandra Haridasho telah berborak panjang lebar menceritakan kisah syahadah brother Amiruddin sendiri serta perjalanannya dalam membantu ayahnya untuk memeluk agama Islam dengan umurnya ketika itu adalah 77 tahun. Subhanallah! Aturan Allah SWT adalah yang terbaik.

Enjoy video episod 01 ini, nanti kami kongsikan lagi episod seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *