Pada 16 November 2018, seorang sahabat mualaf diuji dengan teruk selama 2 tahun setelah memeluk agama Islam. Nak jadikan lebih menarik kisah ini, peranan institusi-institusi di Kuala Lumpur & Seremban telah menjadikannya lagi teruk. Ikuti kisah ini supaya kita tidak mengabaikan & buat tak cakna dengan isu-isu berkatian dengan mualaf.

Beliau berumur 29 tahun & memeluk agama Islam selepas membuat kajian tentang kitab Hindu dan Al Quran. Selepas membaca kedua-dua nya, beliau yakin yang Islam adalah agama yang benar. Beliau telah memeluk agama Islam selama 2 tahun masa itu. Pada masa itu, beliau sudah kahwin & ada anak yang beberapa bulan baru lahir. Beliau memujuk isterinya memeluk agama Islam & selepas itu isteri dan anaknya turut memeluk Islam, alhamdulillah.

Ujian Pertama

Beliau kehilangan keluarga nya yang tidak mahu berhubung & tak mahu ada kena mengena dengan mereka. Kawan-kawan turut tidak mahu lagi berkawan, malah ada yang menggelarnya mamak India. Beliau terus menerima keadaan yang berat ini serta perlahan-lahan terbuang dari komunitinya.

Ujian Ke-2

Beliau hilang punca pendapatan sehingga hilang rumah, kereta dan tiada duit untuk tanggung keluarga nya. Pada saat yang sangat terdesak, beliau pergi ke masjid untuk cuba dapat bantuan dan pihak masjid memberikan beliau sedikit wang dan mencadangkan pergi ke instutusi yang sepatutnya. Bila pergi ke situ, beliau tidak diberi apa-apa bantuan pada mulanya dan cuma bole dapatkan tempat tinggal di rumah persinggahan di Chow Kit, Kuala Lumpur. Seorang mualaf, yang layak menerima bantuan dan harus dibantu diketepikan. Di rumah persinggahan beliau berjumpa dengan macam-macam orang dan tempat itu tak sesuai bagi keluarganya. Kemudian, ada seorang sahabat bawa beliau ke Seremban dan di situ beliau cuba nak belajar dan dapatkan satu rumah sewa dan alhamdulillah dapat 2 kerja, pagi kerja dan malam cuci pinggan bagi menampung keluargany

Ujian Ke-3

Dalam process nak perbaiki kehidupannya sebagai seorang Muslim, isterinya pula meninggalkan beliau dan anaknya. Isterinya melihat betapa susahnya keadaan mereka selepas memeluk agama Islam dan lebih menyedihkan, orang Islam sendiri mempermainkan mereka seolah-olah menjadi pengemis. Mereka merasakan seperti seorang peminta sedekah kerana disuruh ke sana, sini untuk mengisi borang. Tak tahan keadaan ini, beliau meninggalkan semua dan terus hilang sehingga sekarang.

Ujian Ke-4

Beliau terpaksa memberikan anaknya kepada sebuah keluarga untuk dijaga sebagai anak angkat. Bila sampai di Kuala Lumpur, beliau berjaya dapatkan kerja sebagai pegawai keselamatan dan terpaksa bawa anaknya ke tempat kerja bersama. Maka, terjadilah satu insiden yang betul-betul menguji beliau sepanjang keadaan terpaksa membawa anak ke tempat kerja. Anaknya terkena air panas ketika beliau sedang membuat susu, iyalah budak-budak kan lasak. Beliau merasa sangat sedih dengan keadaan ini dan ketika berada di hospital, pihak hospital mencadangkan untuk menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu beliau dan anaknya.

Ujian Ke-5

Beliau telah dijanjikan kerja oleh sekumpulan sahabat dan dibawanya ke satu tempat. Berada dalam keadaan yang sangat menguji ini, bukan mudah. Beliau diarahkan membuat pelbagai kerja sehingga melibatkan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang & haram. Beliau sentiasa diawasi. Semasa kami menerima kes ini, percubaan kali pertama untuk menghubungi dan menyelamatkan beliau gagal. Kami terus usaha dan akhirnya kami berjaya melepaskan beliau dari keadaan yang sangat pilu dan beliau benar-benar rasa lega dan tak berhenti mengucapkan alhamdulillah ketika dalam kereta.

Semoga kita ambil sesikit iktibar dari kisah sahabat kita untuk kita lebih faham dan membantu mereka2 ini. Dan setiap organasasi atau institut2 yang ditubuhkan untuk menjaga mualaf memberi perihatin pada mereka2 ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *