Inspirasi Ramadan merupakan aktiviti tahunan Persatuan Inspirasi Muallaf apabila tiba bulan Ramadan. Pernah dikenali sebagai Inspirasi Kasih Ramadan, Bakul Kasih Ramadan dan bermula tahun 2022, Inspirasi Ramadan telah dipilih sebagai nama rasminya.
Tahun ini merupakan tahun ke-7 kami anjurkan!

KAMI PERLUKAN BANTUAN ANDA!

Ayuh Infak

Setiap bulan Ramadan, Persatuan Inspirasi Muallaf akan membantu asnaf, mualaf, fakir & mereka yang memerlukan. Tahun lepas, Persatuan Inspirasi Muallaf berpeluang bekerjasama dengan Jakel Malaysia dan kerjasama ini telah membantu lebih dari 1500 buah keluarga. Bantuan melibatkan keperluan barangan asas seperti beras, gula, minyak dan lain-lain.

Infak Barangan Asas Ramadan 2023

500 keluarga memerlukan bantuan!

Keperluan bantuan makanan/barangan asas sepanjang Ramadan.

Kehidupan mualaf, asnaf & fakir setiap pun sudah cukup mencabar bagi mereka, apatah lagi apabila menjalani ibadah puasa ketika bulan Ramadan. Maka, kami mengajak anda untuk bersama-sama kami meringankan kesulitan dalam kehidupan mereka, bukan dalam semua aspek, tetapi paling tidak dalam bab makanan harian. 

Ayuh kita berganding bahu membantu mereka melalui program tahunan Inspirasi Ramadan kami!

Kami Perlukan Sokongan Anda!

Barangan asas yang diperkukan termasuklah:

  1. Beras
  2. Minyak
  3. Susu
  4. Sardin
  5. Tepung
  6. Bihun

 

Inspirasi Ramadan 2023

Penerima agihan Infak Inspirasi Ramadan 2023

Lokasi terpilih yang bakal menerima agihan barangan Inspirasi Ramadan 2023:

  1. PPR Kota Damansara (150 keluarga)
  2. PPR Lembah Subang (100 keluarga)
  3. PPR Bukit Jalil (150 keluarga)
  4. Sabak Bernam (250 keluarga)
  5. Kampung Orang Asli (200 keluarga)
  6. Klang (150 keluarga)

Infak Baju Raya

Untuk Ramadan kali ini, kami turut menyediakan baju raya untuk mualaf, fakir & asnaf (lelaki & perempuan dewasa). Penerima lelaki bakal menerima baju jenis kurta & perempuan pula jubah. Didatangkan dengan pelbagai warna.

#throwback Inspirasi Nur Ramadan 2022

Hulurkan Bantuan!

“Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah.” (HR Bukhari No: 1338)